welcome to my blog


Click here for Myspace Layouts

Saturday 16 April 2011

LAWAK ANTARABANGSA..

SENGAU

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas

"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!... ....."
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak

MALU

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya... Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..." Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab.... Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.... Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.." Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim" Kerana kehairanan yang amat sangat... "Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?" Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

nasihat orang gial



Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya.
Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas
hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjat satu tiang lampu
yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan
mengarahkan Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah
hospital, "Mat!!Turun Mat nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga.

Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong
tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan
gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu., Namun Mat tidak
bergerak pun untuk turun. Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun
Mat!"teriak seorang sarjan polis, kalau engkau tak turun nanti kami
bom tiang ini dan engkau akan mati!!Turun Mat!. Mat tidak turun-turun juga.

Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman
Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu.
"Man!Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang
lampu"Tolonglah Man ya!

Jawab Man"Ohhh!!!Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu
itu.

Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man! Man nak pilih alat yang
mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu. "Ahh!Man nak gergaji!"

Baiklah! Ambillah gergaji itu.
Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang
lampu itu. Man pun berteriak, Hoi Mat!!!Hang turun, kalau hang tak
turun aku tebang tiang lampu ni!!Hang turun lekas!!

Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang
itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas
hospital. Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang
sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?

Jawab Mat; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat!Tapi Man ni
apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...